Assalamualaikum....

Sunday, October 2, 2011

Pembukaan Rasmi Blog Alumni Sk Kalumpang

Assalamualaikum w.t.w.. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, perjumpaan alumni bagi pelajar SK. Kalumpang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Antara agenda utama perjumpaan yang diadakan pada 1hb Oktober ini adalah bertujuan untuk membentuk satu badan organisasi bagi alumni SK Kalumpang. Minit mesyuarat bagi perjumpaan tersebut Insyaallah akan dimuatkan di dalam blog ini jika pihak admin telah memperolehi data minit mesyuarat daripada ahli Majlis Tertinggi Alumni SK Kalumpang. Dengan ini saya mengumumkan pembukaan secara rasmi blog bagi Alumni SK Kalumpang yang diharap akan dapat menyebarkan risalah-risalah dan perkembangan terkini aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh persatuan ini.


Perjalanan seribu langkah itu bermula dengan langkah pertama dan Rumah yang indah dan besar itu bermula dengan seketul bata. Oleh itu diharapkan ahli-ahli bagi alumni Sk. Kalumpang akan dapat bergiat aktif di dalam setiap aktiviti yang dijalankan, walaupun pada zahirnya persatuan ini masih lagi dianggap terlalu baru. Insyaallah, pihak admin akan sentiasa mengemaskini dan memasukkan agenda-agenda semasa aktiviti persatuan ini. Sebarang cadangan daripada ahli-ahli Persatuan Alumni Sk-Kalumpang bagi menambah baik blog ini amatlah dialu-alukan. Sebarang cadangan dan maklumbalas, sila hubungi saya ditalian 019-8213713 atau email Darz_zorro@yahoo.com. Anda juga boleh menemui saya di facebook- Daeng Darwis.

No comments:

Post a Comment