Assalamualaikum....

Monday, November 19, 2012

:::Reunion Ketiga Alumni Sk. Kalumpang:::




Assalamualaikum and good afternoon to all Sk. Kalumpang Alumni.

Apa khabar warga Sk. kalumpang? diharap semuanya di dalam keadaan sihat walafiat. Bagi pihak ahli jawatankuasa Sk.Kalumpang, saya memohon maaf kerana baru kali ini saya berkesempatan menulis artikel yang baru . Biasa la, kerja mesti jadi top priority kan. Oleh itu saya sekali lagi memohon maaf.

Pada 11 November 2012, reunion alumni Sk.Kalumpang sekali lagi telah diadakan dimana bekas-bekas pelajar yang pernah belajar di Sk. Kalumpang tidak mengira tahun telah berkumpul untuk bersama-sama menghadiri reunion ketiga.

Lebih kurang 30 orang alumni telah menghadiri majlis ini dimana pelbagai acara ataupun aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan lagi reunion alumni kali ini.

Antara acara yang diadakan adalah aktiviti sukaneka seperti..

1) Apple dance
2) makan buah
3) Kotak Beracun
4) Tukar2 hadiah
5) Gambar2 kenangan
6) dan banyak lagi

Reunion kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Cikgu Masnin yang sanggup datang walaupun beliau tidak lagi menjadi tenaga pengajar di Sk.Kalumpang. Siapa yang masih ingat dangan Cikgu Masnin? beliau mengajar mungkin dalam tahun 1994 hingga 2000++. Admin pun tidak berapa pasti. Tapi admin sempat la jugak dapat cubitan berbisa cikgu Masnin ni. Kalau dia mencubit pakai hujung-hujung kuku lepas tu diputar lagi. Memang sengat la jugak.hohoho..

Thumbs up to Mr.Bolong because he had help me to get the picture that he take during the event.









Setakat ini itu sahaja yang mampu diulas. Jika ada maklumat tambahan ataupun apa sahaja cadangan yang difikirkan baik untuk blog ini. Silakan utarakan terus kepada admin di facebook Sk.Kalumpang. Komen anda amat dialu-alukan.

Diharap warga alumni Sk.Kalumpang akan terus dapat membuat ataupun mengadakan majlis-majlis reunion di masa yang akan datang. Mungkin acara seperti percutian atapun lawatan boleh diadakan. Sampai sini saja dulu. In Sha Allah admin akan menulis artikel baru di masa yang akan datang jika ada agenda ataupun event terbaru. Assalamualaikum..

Sunday, October 2, 2011

Gambar Reunion Alumni

The picture was taken from the 1st reunion in Sekolah Kebangsaan Kalumpang on 2nd October 2011. Banner Alumni yang bertarikh 2hb Oktober 2011.


Sesi fotografi bersama ahli Persatuan Alumni SK. Kalumpang.



Sebelum meninggalkan Sekolah, para ahli berkesempatan untuk meninjau kawasan sekolah yang ternyata telah banyak berubah.




that's all..diharap perjumpaan yang seterusnya akan melibatkan lebih ramai alumni SK. Kalumpang. Semoga persatuan ini akan terus bergerak ke hadapan dari semasa ke semasa.

Pembukaan Rasmi Blog Alumni Sk Kalumpang

Assalamualaikum w.t.w.. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, perjumpaan alumni bagi pelajar SK. Kalumpang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Antara agenda utama perjumpaan yang diadakan pada 1hb Oktober ini adalah bertujuan untuk membentuk satu badan organisasi bagi alumni SK Kalumpang. Minit mesyuarat bagi perjumpaan tersebut Insyaallah akan dimuatkan di dalam blog ini jika pihak admin telah memperolehi data minit mesyuarat daripada ahli Majlis Tertinggi Alumni SK Kalumpang. Dengan ini saya mengumumkan pembukaan secara rasmi blog bagi Alumni SK Kalumpang yang diharap akan dapat menyebarkan risalah-risalah dan perkembangan terkini aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh persatuan ini.


Perjalanan seribu langkah itu bermula dengan langkah pertama dan Rumah yang indah dan besar itu bermula dengan seketul bata. Oleh itu diharapkan ahli-ahli bagi alumni Sk. Kalumpang akan dapat bergiat aktif di dalam setiap aktiviti yang dijalankan, walaupun pada zahirnya persatuan ini masih lagi dianggap terlalu baru. Insyaallah, pihak admin akan sentiasa mengemaskini dan memasukkan agenda-agenda semasa aktiviti persatuan ini. Sebarang cadangan daripada ahli-ahli Persatuan Alumni Sk-Kalumpang bagi menambah baik blog ini amatlah dialu-alukan. Sebarang cadangan dan maklumbalas, sila hubungi saya ditalian 019-8213713 atau email Darz_zorro@yahoo.com. Anda juga boleh menemui saya di facebook- Daeng Darwis.